Kemudahan

 


3 JETI UTAMA

Assalamualaikum, hai semua.

Kali ini Faris akan bercerita kepada semua para pembaca tentang kemudahan kemudahan yang ada di sekitar tempat bebas cukai ini, tak lain dan tak bukan semestinya Pulau Langkawi, Pulau Permata Kedah.

Antara kelebihan yang terdapat di langkawi ialah ia mempunyai 3 Jeti utama ke Pulau ini dimana ia adalah salah satu kemudahan awam kepada para pelancong untuk meneruskan perjalanan ke sana. 

Kemudahan ini  terdapat di beberapa hala yakni dari Pulau Pinang (Jeti Pulau Payar) yang mengambil masa perjalanan lenih kurang 3 jam perjalanan. Hala kedua pula ialah dari Jeti Kuala kedah. Ia memakan masa lebih kurang 2 jam perjalanan manakala hala yang terakhir ialah dari Kuala Perlis, memakan masa perjalanan lebih kurang 1 jam perjalanan.


Harga Tiket Pulau Pinang Ke Langkawi (dua hala) : 

Dewasa - RM120 
Kanak-kanak - RM90 




 

Harga Tiket Kuala Kedah Ke Langkawi (dua hala) : 
Dewasa - RM46
Kanak-kanak - RM34



Harga Tiket KualaPerlis Ke Langkawi (dua hala) : 

Dewasa - RM36
Kanak-kanak - RM26



PENGANGKUTAN AWAM (KERETA SEWA)


Bagi pelancong yang datang ke sini, anda tak perlu risau kerana terdapat pelbagai jenis kemudahan kereta sewa. Bagi keluarga yang besar, anda juga tidak perlu bersusah hati kerana anda juga boleh menyewa sebuah van persiaran yang di sediakan pihak pelancongan dan harga yang ditawarkan juga tersangatlah berpatutan. 




Kebanyakkan mereka akan meyediakan pakej-pakej yang menarik bagi memastikan para pelancong berminat dengan perkhidamatan yang di tawarkan antaranya kereta sewa atau van berserta pemandu arah pelancong ke tempat-tempat yang menarik di sekitar pulau.


Harga Van Sewa : RM170.00 (sehari)
Harga Kereta Sewa : RM80.00 (sehari)


TEMPAT PENGINAPAN


Seharian penat berjalan, pastinya anda semua tercari cari tempat untuk membersihkan diri dan merehatkan badan serta memulihkan semula tenaga agar lebih segar keesokkannya. 

Apabila ke Langkawi, semestinya tempat yang paling menarik untuk merehatkan diri ialah di sebuah hotel yang terletaknya di Pantai Chenang. Selain harganya yang berpatutan,  suasana yang menarik, memberi ketengangan dan udara yang nyaman mampu membuatkan fikiran anda terlerai dari kekusutan.








Di atas adalah contoh penginapan dan fasiliti menarik yang disediakan. Sangat teruja, bukan? 😊 Ok semua, antara fasiliti yang disediakan adalah ;

Tempat tidur yang nyaman, bersih dan selesa membuatkan anda berasa begitu teruja untuk memilih tempat ini sebagai pilihan utama penginapan anda. Menariknya, pihak hotel juga telah menyediakan kelebihan jalur lebar (wifi) secara percuma buat semua pengunjung dan ia sangat memudahkan para pengunjung untuk mengakses info-info menarik sepanjang berada di Pulau Langkawi.

Seterusnya, restoran hotel telah meyediakan makanan dan minuman untuk sarapan pagi, tengahari dan malam dengan harga yang sangat berpatutan!












Fasiliti keempat yang pihak hotel telah sediakan ialah taman permainan kanak-kanak seperti buaian, papan gelongsor dan lain-lain. Dengan adanya fasiliti seperti ini, mereka begitu seronok dan memudahkan ibubapa.







Akhir sekali, pastinya pihak hotel menyediakan kolam renang dewasa dam kanak-kanak. Disini, keluarga dapat meluangkan masa bersama-sama, di samping mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dengan membuat aktivi seperti bermain bola air, mengajar anak-anak untuk berenang dan sebagainya.


Inilah sedikit perkongsian dari Faris berkenaan kemudahan-kemudahan yang ada di sini. Semestinya anda semua jangan lepaskan peluang untuk bercuti di Pulau Langkawi dan jangan terlepas untuk menggunakan perkhidamatan yang Faris kongsikan tadi ya. 

Semoga bermanfaat! 😃

No comments:

Post a Comment