Tempat Menarik

 

1. Kota Mahsuri & Makam Mahsuri

Tempat Menarik Di Langkawi 1

Mengikut lagenda, dipercayai bahawa Kota Mahsuri merupakan tempat di mana Mahsuri binti Pandak Maya dikuburkan.

Mahsuri merupakan seorang gadis kelahiran Pulau Langkawi yang telah difitnah serta dibunuh kerana dituduh berdua-duaan dengan seorang penyair yang bernama Deramang ketika suaminya Wan Derus keluar dari Pulau Langkawi Mahsuri untuk melawan tentera Siam.

Tempat Menarik Di Langkawi 2

Kota Mahsuri ini terletak di mukim Ulu Melaka 12km dari Pekan Kuah berhampiran dengan lapangan terbang Padang Matsirat.

Makam Mahsuri ini telah dibina semula dan dilengkapi dengan muzium, teater traditional dan rumah Kedah yang melambangkan seni bina rumah Langkawi yang popular pada ketika itu.

Tempat Menarik Di Langkawi 3

Anda juga boleh membeli cenderamata yang bertemakan Langkawi untuk di bawa pulang sebagai hadiah atau kenangan kerana banyak kedai-kedai yang menjual cenderamata di sini.


ALAMAT : 

- Kampung Mawar, 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia

WAKTU OPERASI :

- Isnin - Jumaat ( 8.00 A.M - 6.00 P.M)

HARGA TIKET : 

- Dewasa RM 12 / Kanak - Kanak RM 6


2. Dataran Lang

Tempat Menarik Di Langkawi

 Dataran Lang ini adalah mercu tanda terpenting di Langkawi. Berdasarkan bahasa Melayu klasik, ‘kawi’ bermaksud perang yang kemerahan, manakala ‘lang’ pula adalah daripada perkataan ‘helang’, maka, Langkawi sebenarnya bermaksud burung helang yang berwarna perang kemerahan. Namun ada juga yang mengatakan bahawa Langkawi ini adalah gabungan dua perkataan Sanskrit iaitu ‘langka’ dan juga ‘wi’ yang membawa maksud ‘keindahan’ dan ‘tidak terkira’.

ALAMAT : 

Dataran Helang, Kuah, 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia

 

3. Air Terjun Temurun

Air Terjun Temurun

Air Terjun Temurun yang terletak di Datai Bay adalah air terjun 3 tingkat yang tertinggi di Langkawi. Air terjun ini diairi oleh air sungai daripada utara Gunung Mat Cincang. Batuan yang terdapat di kawasan air terjun ini dikatakan telah berusia mencecah 500 juta tahun.

Laluan di dalam hutan rimba Gunung Mat Cincang yang disediakan sepanjang perjalanan ke kawasan air terjun juga cukup mesra pengunjung, lengkap dengan beberapa buah gazebo yang boleh anda singgahi untuk merehatkan badan dan menghirup kesegaran oksigen yang ditawarkan.

Sebagai peringatan, Air Terjun Temurun adalah sebuah tarikan yang mengikut musim yang mana anda dapat menikmati curahan air yang banyak hanya ketika musim hujan iaitu dari bulan September – Oktober.

ALAMAT : 

- Temurun Waterfall, 07000 Langkawi, Kedah

4. Pulau Tepor Langkawi

Pulau Tepor Langkawi

Pulau Tepor Langkawi adalah sebuah pulau berbentuk U yang tidak melalui sebarang pembangunan mahupun dihuni oleh sesiapa. Dari masa ke masa, bot yang membawa pelancong akan berhenti di sini untuk memberi peluang kepada sesiapa yang ingin menikmati keindahan yang ditawarkan.

Sebagai sebuah pulau yang masih terpelihara keasliannya, anda dijanjikan pemandangan yang terindah daripada kawasan pantai yang berpasir bersih. Lokasinya adalah di antara Pulau Rebak Besar dan Pulau Beras Basah.

TEMPAT : 

- Pulau Tepor, Langkawi.

5. Datai Bay

Datai Bay Langkawi

Pernah disenaraikan sebagai antara 10 kawasan pantai terbaik di dunia oleh National Geographic, pantai yang berkepanjangan 1.5 km ini menyajikan pemandangan lautan Andaman yang berwarna biru firus yang sungguh mengujakan.

Di samping pemandangan indah, pelbagai aktiviti menarik turut ditawarkan di sini seperti windsurfing, snorkeling, kayak, bot layar dan banyak lagi.

Sebagai info untuk anda yang ingin ke sini, Datai Bay sebenarnya adalah sebuah kawasan pantai peribadi yang boleh diakses oleh para penginap hotel di sekitar. Namun begitu, anda boleh juga memasuki kawasan pantai ini dengan caj tambahan

TEMPAT : 

- Datai Bay, 07000 Langkawi, Kedah.

No comments:

Post a Comment