1.Splash Out Langkawi
Dikelilingi oleh lautan membiru, Splash Out Langkawi menawarkan 12 tarikan berbeza yang dapat membawa anda ke dalam dunia air yang penuh dengan keseronokan. Antara tarikan yang ada adalah Wild Water (kolam ombak), Sprinkle Island (percikan air gergasi), River of Life (kolam apungan untuk suasana yang lebih santai), Ragin’ Racers (gelongsor curam dengan kelajuan 50km/jam), Poseidon’s Revenge, Splash-Tacular, Perfect Storm, Shipwreck Falls dan banyak lagi.
Mengenai kemudahan yang disediakan, Splash Out Langkawi lengkap dengan restoran, café, kiosk, tandas, locker, surau dan sebagainya.
Harga Tiket
Tiket | Dewasa (RM) | Kanak- Kanak (RM) | Warga Emas (RM) |
---|---|---|---|
Warganegara | 64 | 47 | 34 |
Pelancong Luar | 75 | 55 | 40 |
Waktu Operasi
Isnin – Khamis : 10 pg – 6 ptg
Jumaat – Ahad (dan cuti sekolah/umum): 10 pg – 7 mlm
2.Morac Adventure Park
Pernah cuba aktiviti go-kart? Kalau anda melihat go-kart yang terdapat di Morac Adventure Park, mesti dah hilang ‘feel’ bila bergo-kart di tempat lain. Tapi kenapa? Ini kerana di Morac Adventure Park anda dapat menikmati pengalaman go-kart yang bukan calang-calang, tapi yang bertaraf antarabangsa. Kalau anda nak tahu, Morac Adventure Park ini dimiliki dan diuruskan oleh pelumba percubaan F1, Fairuz Fauzy dan juga pelumba GT terkenal Jepun, Genji Hashimoto.
Go-kart yang digunakan bukanlah seperti biasa yang kita lihat, tapi adalah go-kart berjenama Sodikart SR4 yang merupakan buatan Perancis yang dapat memberikan keselesaan dan juga fleksibiliti yang optimum. Go-kart jenis ini dikatakan cukup ringan sehingga membuatkan pemanduan terasa lebih enjoy daripada biasa.
Di samping itu, kepanjangan litarnya juga tidak seperti litar go-kart lain yang hanyalah beratus meter kerana litar di sini cukup panjang untuk memberikan anda kepuasan pemanduan sebenar.
Berkepanjangan 1.5 km, litar ini lengkap dengan 12 selekoh untuk anda tempuhi. Tidak cukup dengan itu, pencapaian anda pada setiap lap akan dicatatkan dan dihantar secara terus ke dalam telefon pintar/emel sekaligus dapat melihat kedudukan anda berbanding dengan pelumba yang lain. Mana nak jumpa go-kart yang hi-tech macam ni di Malaysia?
Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00 am – 12.00 am)
Harga Tiket:
- Sesi: 1 Sesi RM75 | 3 Sesi RM215 | 5 Sesi RM355 | 10 Sesi RM690
- Perlumbaan: Grand Prix Sprint Race (30 Minit) RM215 | Endurance Race (90 Minit) RM560 | Corporate Events (60 Minit) RM6,600|
3.Langkawi Gliders

Pernah dengar tentang payragliding? Aktiviti glider ini lebih kurang sahaja dengan paraglide di mana anda dapat terbang di udara tapi, yang membuatkan glider ni lebih syok adalah sebab anda boleh duduk dengan relaks di atas kerusi sambil menikmati pemandangan. Kalau bertuah, dapatlah terbang sekali dengan burung-burung.
Seolah-olah menaiki helicopter, dengan mengikuti aktiviti Langkawi Gliders anda dapat menikmati pemandangan tanpa batasan sekitar Langkawi sejauh mata memandang dari awan yang tinggi.
4.Langkawi Sky Bridge

Terletak di stesen terakhir atau teratas Kereta Kabel Langkawi adalah tarikan Langkawi Sky Bridge. Siap dibina pada tahun 2004, Langkawi Sky Bridge adalah sebuah jambatan gantung berkepanjangan 125 meter yang dibina di atas Gunung Mat Cincang.
Berketinggian 100 meter dari tanah dan 2300 kaki dari paras laut, jambatan ini mampu menampung sehingga 200 orang pada satu-satu masa.
Dengan ketinggian pada paras ini, anda dapat menyaksikan keindahan sekitar Langkawi umpama seekor burung yang terbang bebas di angkasa, saujana mata memandang.
Teringin penulis kongsikan satu fakta menarik terutama sekali bagi sesiapa yang suka menonton filem Hindustan, kalau anda nak tahu, salah satu babak dalam movie ‘Don: The Chase Begins Again’ telah dirakamkan di sini. Tunggu apa lagi? Singgah jangan tak singgah!
Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00 am – 8.00 pm)
Harga Tiket: Dewasa RM6 | Kanak-Kanak RM4
5.Kereta Kabel Langkawi

Menggunakan teknologi yang didatangkan dari Swizerland, tak perlulah anda risau sampai menggeletar bila menjejakkan kaki ke dalam Kereta Kabel Langkawi. Semasa menaiki kereta kabel ini nanti, anda sekeluarga boleh menikmati pemandangan flora dan fauna di sekitar yang mencakupi hutan belantara, Air Terjun Telaga Tujuh, lautan yang membiru sehinggalah ke kepulauan di Thailand.
Panorama mengujakan ini bukan sahaja dapat dilihat melalui tingkap tapi juga melalui lantai kacanya. Kalau gayat, janganlah tengok bawah ya?
Laluan kereta kabel ini secara keseluruhannya berkepanjangan 2.2 km dengan aerial atau tali kabel yang bersambung dari Oriental Village di Teluk Burau hinggalah ke puncak Gunung Mat Cincang. Dengan jarak sebegini jauh, kereta kabel Langkawi merupakan yang terpanjang di dunia. Masa yang diambil untuk ke puncak adalah dalam sekitar 15 minit.
Dinasihati anda semak jadual penyelengaraan Cable Car di laman web rasmi panoramalangkawi.com sebelum datang
Waktu Operasi: Setiap Hari (9.30 am – 7.00 pm)
Harga Tiket:
- Normal Kombo (Kereta Kabel + SkyDome + SkyRex + 3D Art Langkawi): Dewasa RM43 | Kanak-Kanak RM33
- Express Lane: Dewasa RM93 | Kanak-Kanak RM83
- Glass Bottom Gondola: RM105
- Private Gondola: RM550 / 6 Pax
- VIP Gondola: RM550 / 6 Pax
*Nota: Kesemua gondola (private, express dan lain-lain) ditawarkan dalam pakej kombo 4 tiket dalam 1 seperti Normal Kombo.
No comments:
Post a Comment