Makanan menarik

 1.Hafiz Rojak Pantai Kok




Okay geng harini saya nak cerita tentang makanan menarik yang terdapat di Pulau Langkawi.Takkan nk pergi Langkawi kerja nk jalan-jalan nk berseronok ja mesti korang nk juga rasa makanan yang sedap-sedap dekat Pulau Langkawi.

Mcm apa yang korang nampak kat atas ni kita ada Hafiz Rojak Pantai Kok.Dkt sini ada pelbagai hidangan seperti rojak pasembur,laksa,mee rebus dan ada banyk lagi.Yang mana teringin nak makan rojak sambil jalan-jalan ditepi pantai dengan girlfriend kaa familyy ataupun membe bolehlaa singgah beli kt sini pemandangan kt sini pun menarik juga blh sweet-sweet kt sini.

Alamat : Jalan Pantai Kok 07000,Langkawi,Kedah

Waktu Operasi : Selasa-Ahad (2pm-7.30pm)


2.Uncle Jai Cafe




Okayy yang seterusnya disini kita ada Uncle Jai Cafe.Cafe ni terletak di pekan Kuah dan ia dibuka sehingga larut malam.Jadi yang mana suka makan lewat malam tu boleh laa try makan kt Uncle Jai Cafe ni.Dekat sini pun makanan dia mmg mantap meleleh laaa memang buat korang semua sting dan rasa macam nak makan lagi.




Okayy dekat sini kita ada masakan kampung,thai,tempatan dan juga western.Banyak juga laa pilihan yang korang boleh pilih kt Cafe ni.Tapi dekat sini yang paling banyak orang beli adalah makanan barat.Harga pun boleh dikatakan berpatutan juga jadi kalau sapa-sapa yang nak makan dkt sini dengan family kaa atau dengan lain-lainn boleh laa singgah kt Uncle Jai Cafe ni.

Alamat : Padang Matsirat,07000,Langkawi,Kedah

Waktu Operasi : Isnin-Ahad (5pm-12am)



3.The Kasbah



Okayy disini pulaa kita ada The Kasbah dimana ia adalah satu tempat yang tersembunyi di Langkawi sebab The Kasbah ni memang ia terletak jauh dari kawasan yang pembandaran dan tempat ni juga tersorok.Kalau nak cari tempat ni korang mmg kena pakai google map laa untuk memudahkan korang cari lokasi tersebut sbb tempat ni memang tersembunyi.

The Kasbah ni dia ada sedia menu makanan yang sedap-sedap daripada masakan tempatan hinggalah  masakan barat.Jadi dekat sini juga ada banyak pilihan yang korang boleh makan dekat The Kasbah ni.




Okay seperti apa yang korang nampak dekat atas,ini merupakan makanan yg terdapat dekat The Kasbah kalau tngk dlam gmbar ni memang makanan dekat sini agak unik sikit berbanding dari makanan yang biasa yang terdapat di langkawi ni.Tapii dekat sini maknan yang paling special adalah Phat Boy Cheese iaitu burger daging dia yang diselaputi oleh keju yang meleleh,jeruk,bawang,tomato,salad dan juga mustard.Dalam banyak-banyak hidangan,burger ni  juga turut lengkap dengan french fries dan sos tartar yang dihasilkan sendiri oleh chef restoran.

Alamat : Lorong HJ Salleh Lot 1301,Kampung Bohor Tempoyak,07000 Langkawi,Kedah

Waktu Beroperasi : Setiap Hari (9am - 11pm) 



4.Selera Lubuk Buaya


Walaupun murah, ia tidak merendahkan mutu makanannya.Malah, restoran ini dianggap yang terbaik di kawasan tersebut,Makanan dan minuman juga disediakan dengan cepat walaupun korang datang dengan satu group family yang agak besar.Dan harga juga sangat dijangkau murah.


Haa kalau korang dalam gambar ni mesti rasa terliur kann.Banyak pun banyak dia punya hidangan dah laaa banyak murahh pula tuu memang kalau nak makan untuk group family memang sesuai laa makan dekat restoran Selera Lubuk Buaya ni.Lokasinya juga tidak jauh dari Pantai Cenang dan di penghujung jalan Pantai Tengah.Ada macam-macam juga jenis lauk-pauk di sini yang korang boleh pilih.Tapi, apa yang penting adalah restoran ni dikenali murah di kalangan para pelanggan mmg tak pernah berkira ini restoran.

Alamat : Kampung Lubok Buaya,07000 Langkawi

Waktu Operasi : Isnin - Sabtu (3pm - 2am),Ahad (3pm - 12am)


5.Desa Permata Ikan Bakar Seafood


Kalau duduk dekat pulau langkawi ni mesti korang teringin nk mkan bnda yang bakar-bakar juga kann takkan kerja nak makan western jaa kann okayy untuk yang last sekali ni kita ada tempat dimana kita boleh makan ikan bakar ataupun makanan-makanan laut iaitu restoran Desa Permata Ikan Bakar Seafood.

okayyy Desa Permata Ikan Bakar Seafood adalah sebuah restoran yang menghidangkan makanan selera dalam harga yang lebih murah daripada kebanyakan kedai seafood lain.

Seperti nama kedai,menu utama di sini adalah ikan bakarnya yang disertakan dengan sos istimewa yang akan membuat korang makan sambil menjilat jari. Selain ini, sebenarnya terdapat banyak lagi makanan seafood yang boleh pilih.

 Korang boleh menikmati seafood yang korang inginkan dengan pelbagai jenis masakan ala kampong   yang ditawarkan seperti asam pedas, masak lemak, gulai panas dan bnyak lagi.

 Alamat : No 5-6 Gerai Taman Desa Permata, Langkawi, 07000 Kuah, Kedah




No comments:

Post a Comment